Saturday, 11 August 2012

Sahabat

Sahabat ,
Perkenalan kita terjalin dari satu perkara yang tidak disangka ,
Aku seorang Hawa yang kerek ,lantas didekati dalam keadaan yang terpaksa oleh kau Adam,
Perkenalan kita berlandaskan pelajaran semata dan titik perkenalan mulai terjalin.

Aku ,kau dan dia melalui hari-hari berliku bersama ,
Pagi ,petang ,siang dan malam ,pertemuan kita bagaikan tiada noktah ,
Gelak ,tawa ,senang ,duka ,kecewa ,aku lemparkan kepada kau ,
Perjalanan dilalui bersama bagaikan satu pengembaraan yang tiada henti.

Teringat aku ,kau sering menasihati ,mengingatkan aku tentang agama ,
Menasihati aku menjaga diri dari mereka yang jahil ,
Menjauhkan diri dari perkara yang melalaikan ,
Tidak lupa juga ,menelaah pelajaran demi masa depan.

Terkadang ,hati berpesan 'Jaga-jaga hati ,aku tak mahu kau jatuh lagi. Aku juga tidak mahu kau terluka lagi' ,
Terkadang juga minda melalaikan perasaan dengan jiwa yang angkuh ,
Namun ,itulah aku ,Hawa yang keras namun berperasaan ,
Pantas ,jiwa berkata 'Jangan kau mula ,sekali kau mula ,pengakhirannya tentu menyakitkan' ,
Kerana aku sangat menghargai persahabatan ini.

Hanya pada yang satu aku meminta agar persahabatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayatku ,
Hidup ini masih lagi bermakna walaupun aku tiada peneman istimewa ,
Kerana engkau begitu istimewa yang sangat bererti buatku ,
Sahabat.



Friday, 10 August 2012

Jauh aku kerana Dia

Aku pergi jauh meninggalkan kau dan dia ,
Kerana kebuntuan aku dalam memilih.

Setelah aku bahagia ,kau hadir menghantui ku semula ,
Detik-detik bahagia dahulu ,kau ungkit semula ,
Kehadiran kau disertakan dengan ungkapan maaf serta penyesalan.

Entah berapa kali aku memohon pada hati supaya memilih ,
Lantas ,hati memilih Dia yang satu ,
Dia ,pemilik nyawaku satu-satu nya yang boleh membahagiakan aku.

Jauh .Jauh aku pergi dari kau dan dia ,
Ketidaksempurnaan aku jangan dipermainkan ,
Kerana aku membiarkan waktu berlalu dan Dia sebagai peneman.

Sungguh ,aku tidak ingin lagi pemilihan ini disalah ertikan ,
Kerana sesungguhnya aku buntu ,
Kebuntuan aku membuatkan aku dekat padaNya ,
Lantas sedikit demi sedikit perubahan dibuat.

Mampukah aku untuk menghadapi perubahan ini?
Mampukah aku berubah zahir dan batin?
Mampukah mereka menerima perubahan ini?
Atau ,perubahan ini mungkin disalah ertikan?
Wahai pemilik nyawaku ,aku serahkan segalanya pada Engkau ,
Engkau yang maha satu.

Jauh ,kini aku jauh dari yang melalaikan ,
Dari mereka ,dari kau dan dia ,
Jauh aku kerana Dia.

*muhasabah cintaku*

Sunday, 25 September 2011

To you to read


So you want to kill yourself? Because no one cares about you. Your family hates you. Right? No. Your parents walking in your room in the morning to only find a dead body. They’ll try their hardest to not think negative, and to just think that you’re fooling around. Then they’ll start shaking you. Why aren’t you breathing? They’ll be broken. Tears. Many tears. More tears than you ever shed. Was it them? Were they the reason you did this? More tears. Pain. Every day. Every night. Every single second of every day. Guilt. More guilt. What about your bestfriends? They’re not going to care. Right? No. What’s the first thing that will go through their mind when your principal comes in and tells the class that you’re not alive. While your bestfriend sits there in tears. That girl that you’d smile at but never talk to? She’s now crying. The boy who used to kick you under the table just to annoy you? He’ll be shocked. He’ll be devastated. He’ll blame himself. What about your teacher? Thoughts crossing her mind. She’ll question if you did it because she didn’t make school comfortable enough for you. Pain. Devastation. All in one. Who organises your funeral? Who has to go through your stuff? Clothes? Notes? Those few older girls who used to give you daggers at school? They’ll feel regret. They’ll blame themselves. See, if you killed yourself today, you’ll never know what might of happened tomorrow. You’ll never know because you’re dead. Plain dead. Not breathing. Not alive. Just dead. Your family hates themselves for it. Your bestfriend then falls into depression. Tears. Tears. More tears than a river. All because you killed yourself because you thought noone would care. Right? You are loved. By many. Someone right now is thinking of you. And right now, I’m thinking about anyone who has thought or is considering suicide. You are beautiful. No matter if you’re black, white, homo-sexual, tall, short, overweight or anorexic. You are beautiful. You want to kill yourself? Think about it first. There’s no coming back. And I promise, if you do it, you are not only hurting yourself, you are hurting many. You are creating more tears than you led yourself to. You are making everyone miserable and making them all feel guilt and pain. Never will they feel whole like they used to when they had you. You are beautiful. And you are never ever alone.


Tuesday, 5 July 2011

besar tak cukup isi .


amboi minah .taknak besar pulak rumah kau .ish ish ish .ngomel si bedah .

besar kea ? biasa jea..

besar lah ni ngok .kau tengok .atas bawah ada bilik .ada toilet .kereta pun ada dua .motor lagi .bebel si bedah lagi .

oh hahahaha .aku cuba kan diri untuk ketawa .

eh minah nie .aku serius nie .kau patut berbangga tau sebab ada rumah besar macam nie .adik adik ramai .mak ayah kerja sedap .apa lagi kau nak ? kau nie manusia tak reti bersyukur lah ! api si bedah lagi .

aku nak bagitahu something nie .

apa dia ?

sebesar besar rumah nie ,sekali pun aku tak pernah merasa dapat berjemaah sekeluarga .walaupun untuk satu waktu .sebak di dada aku lontar sejauhnya .

errrrrr... hilang kata kata barangkali .

aku bahagia  di luar tapi di dalam aku meronta ronta .terpekik terlolong untuk sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa dia .ini yang kau cakap besar ?soal aku mengharap pada penjelasan yang aku tunggu selama ini .

eh , mak kau mana eh .aku teringin lah nak jumpa .bla bla bla .pandai bedah ni drift ya .

aku merasa sedikit hampa dan di paksa untuk menanti dan terus menanti lagi .pada sesuatu yang aku sendiri tak pasti .sigh .

biar hidup sederhana tapi hati kaya dengan cinta pada yang Esa .

kredit : saljihitam

indahh

salam readers .

hidup ini cukup indah kan ?
diberi akal fikiran yang dapat membezakan baik dan buruk ,
diberi kesihatan tubuh badan yang membuatkan kita mampu melakukan apa yang kita inginkan ,
diberi mata yang dapat melihat keindahan ciptaan dan kebesaran Nya ,
diberi hidung untuk menghirup udara yang segar ,
diberi mulut untuk memuji keagungan Nya ,
diberi tangan untuk memegang dan menyentuh ,
diberi kaki untuk berjalan menuju ke destinasi .
Yang penting ,diberi nyawa untuk menggerakkan anggota badan yang diberi .

hidup ini sangat indah .adakah kau bersyukur di atas pemberian Nya ?