Kerana kebuntuan aku dalam memilih.
Setelah aku bahagia ,kau hadir menghantui ku semula ,
Detik-detik bahagia dahulu ,kau ungkit semula ,
Kehadiran kau disertakan dengan ungkapan maaf serta penyesalan.
Entah berapa kali aku memohon pada hati supaya memilih ,
Lantas ,hati memilih Dia yang satu ,
Dia ,pemilik nyawaku satu-satu nya yang boleh membahagiakan aku.
Jauh .Jauh aku pergi dari kau dan dia ,
Ketidaksempurnaan aku jangan dipermainkan ,
Kerana aku membiarkan waktu berlalu dan Dia sebagai peneman.
Sungguh ,aku tidak ingin lagi pemilihan ini disalah ertikan ,
Kerana sesungguhnya aku buntu ,
Kebuntuan aku membuatkan aku dekat padaNya ,
Lantas sedikit demi sedikit perubahan dibuat.
Mampukah aku untuk menghadapi perubahan ini?
Mampukah aku berubah zahir dan batin?
Mampukah mereka menerima perubahan ini?
Atau ,perubahan ini mungkin disalah ertikan?
Wahai pemilik nyawaku ,aku serahkan segalanya pada Engkau ,
Engkau yang maha satu.
Jauh ,kini aku jauh dari yang melalaikan ,
Dari mereka ,dari kau dan dia ,
Jauh aku kerana Dia.
*muhasabah cintaku*
No comments:
Post a Comment