Saturday, 11 August 2012

Sahabat

Sahabat ,
Perkenalan kita terjalin dari satu perkara yang tidak disangka ,
Aku seorang Hawa yang kerek ,lantas didekati dalam keadaan yang terpaksa oleh kau Adam,
Perkenalan kita berlandaskan pelajaran semata dan titik perkenalan mulai terjalin.

Aku ,kau dan dia melalui hari-hari berliku bersama ,
Pagi ,petang ,siang dan malam ,pertemuan kita bagaikan tiada noktah ,
Gelak ,tawa ,senang ,duka ,kecewa ,aku lemparkan kepada kau ,
Perjalanan dilalui bersama bagaikan satu pengembaraan yang tiada henti.

Teringat aku ,kau sering menasihati ,mengingatkan aku tentang agama ,
Menasihati aku menjaga diri dari mereka yang jahil ,
Menjauhkan diri dari perkara yang melalaikan ,
Tidak lupa juga ,menelaah pelajaran demi masa depan.

Terkadang ,hati berpesan 'Jaga-jaga hati ,aku tak mahu kau jatuh lagi. Aku juga tidak mahu kau terluka lagi' ,
Terkadang juga minda melalaikan perasaan dengan jiwa yang angkuh ,
Namun ,itulah aku ,Hawa yang keras namun berperasaan ,
Pantas ,jiwa berkata 'Jangan kau mula ,sekali kau mula ,pengakhirannya tentu menyakitkan' ,
Kerana aku sangat menghargai persahabatan ini.

Hanya pada yang satu aku meminta agar persahabatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayatku ,
Hidup ini masih lagi bermakna walaupun aku tiada peneman istimewa ,
Kerana engkau begitu istimewa yang sangat bererti buatku ,
Sahabat.



No comments: