Saturday, 15 September 2012

I don't want to

I don't want you to hear me cry again.
Cry ,no more.
So please ,stay away from me.

Because ,
I don't want to.

"Hurt"


Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself

By hurting you


"Hurt"

Monday, 10 September 2012

Sunday, 12 August 2012

Lelap ku dalam sedar

Masa untuk ke alam mimpi ,bisik hati ,
Lantas tangan sepantas kilat mengeluarkan diri dari laman sesawang ,
Kaki bekerjasama melangkah menuju ke katil empuk di hujung sana.


Akhirnya baru aku sedari ,aku berada di hostel rupanya.
Laman sesawang telah membuat aku berada di awang-awangan dan terlupa aku sejenak bahawasanya aku berada di tempat orang.

Mata mula merehatkan diri ,
Namun hati mulai berbicara ,
Badan tidak kurang hebatnya , ke kiri ke kanan cuba menyelesakan diri ,
Otak mulai merembeskan pemikiran jauh dari kotak sebenar.


Akhirnya tangan mencapai jam yang kuat bekerja ,berdetik demi tuan yang dikasihi.
Baru lima belas minit berlalu ,keluh hati.
Jiwa menjadi resah ,hati mulai gelisah .

Bila agaknya aku dapat nikmat tidur yang sebenar-benarnya?
Jantung terus mengepam darah. Katanya ,tuan ku ini sedang gelisah. Mengapa ya?
Mungkin terkenang dosa-dosa yang lampau ,desak hati.
Lantas ,masa terus berlalu ,
Kedengaran sayup-sayup azan subuh berkumandang.

Baru ku tahu ,
lelap ku dalam sedar.

Saturday, 11 August 2012

Tangis itu tiada erti.

*sedar aku dalam tangisan*

Tangisan ,
Tangisan yang sering menemani ,
Jatuh berkaca lantas berderai ,
Berderai nya ia tiada punca.

Namun ,
Tangis itu tiada erti.

Sahabat

Sahabat ,
Perkenalan kita terjalin dari satu perkara yang tidak disangka ,
Aku seorang Hawa yang kerek ,lantas didekati dalam keadaan yang terpaksa oleh kau Adam,
Perkenalan kita berlandaskan pelajaran semata dan titik perkenalan mulai terjalin.

Aku ,kau dan dia melalui hari-hari berliku bersama ,
Pagi ,petang ,siang dan malam ,pertemuan kita bagaikan tiada noktah ,
Gelak ,tawa ,senang ,duka ,kecewa ,aku lemparkan kepada kau ,
Perjalanan dilalui bersama bagaikan satu pengembaraan yang tiada henti.

Teringat aku ,kau sering menasihati ,mengingatkan aku tentang agama ,
Menasihati aku menjaga diri dari mereka yang jahil ,
Menjauhkan diri dari perkara yang melalaikan ,
Tidak lupa juga ,menelaah pelajaran demi masa depan.

Terkadang ,hati berpesan 'Jaga-jaga hati ,aku tak mahu kau jatuh lagi. Aku juga tidak mahu kau terluka lagi' ,
Terkadang juga minda melalaikan perasaan dengan jiwa yang angkuh ,
Namun ,itulah aku ,Hawa yang keras namun berperasaan ,
Pantas ,jiwa berkata 'Jangan kau mula ,sekali kau mula ,pengakhirannya tentu menyakitkan' ,
Kerana aku sangat menghargai persahabatan ini.

Hanya pada yang satu aku meminta agar persahabatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayatku ,
Hidup ini masih lagi bermakna walaupun aku tiada peneman istimewa ,
Kerana engkau begitu istimewa yang sangat bererti buatku ,
Sahabat.



Friday, 10 August 2012

Jauh aku kerana Dia

Aku pergi jauh meninggalkan kau dan dia ,
Kerana kebuntuan aku dalam memilih.

Setelah aku bahagia ,kau hadir menghantui ku semula ,
Detik-detik bahagia dahulu ,kau ungkit semula ,
Kehadiran kau disertakan dengan ungkapan maaf serta penyesalan.

Entah berapa kali aku memohon pada hati supaya memilih ,
Lantas ,hati memilih Dia yang satu ,
Dia ,pemilik nyawaku satu-satu nya yang boleh membahagiakan aku.

Jauh .Jauh aku pergi dari kau dan dia ,
Ketidaksempurnaan aku jangan dipermainkan ,
Kerana aku membiarkan waktu berlalu dan Dia sebagai peneman.

Sungguh ,aku tidak ingin lagi pemilihan ini disalah ertikan ,
Kerana sesungguhnya aku buntu ,
Kebuntuan aku membuatkan aku dekat padaNya ,
Lantas sedikit demi sedikit perubahan dibuat.

Mampukah aku untuk menghadapi perubahan ini?
Mampukah aku berubah zahir dan batin?
Mampukah mereka menerima perubahan ini?
Atau ,perubahan ini mungkin disalah ertikan?
Wahai pemilik nyawaku ,aku serahkan segalanya pada Engkau ,
Engkau yang maha satu.

Jauh ,kini aku jauh dari yang melalaikan ,
Dari mereka ,dari kau dan dia ,
Jauh aku kerana Dia.

*muhasabah cintaku*